Teeettttt Teeereeeetttttt...

Belog ini adalah sedang "under construction". haha... x nyempat haku nak siapkan. tensiiii sbb x menjadi ape yg haku nak. hingga sampai tahap rasa nak menyumpah-nyumpah belog sendiri

Love u.

Wednesday, November 25, 2009

curik budak

awas semua
.
.
.
.
gambar cowok di bawah bakal mendebarkan dada anda yang memandang
.
.
.
.
.
.
.
.



taaaaraaaaaaaaaaaa....

ganteng bangat cowok ini ya ngak?

hahahhaaaa..gantengg!

{betolkah penggunaan bahasa indon haku di situ?}

ermm...rasa macam was-was. ok. sila alih bahasa.

kacak sungguh teruna ini bukan?

hahahhaaaa..kacakk!

ini anak sape? sila mami nya ngaku skrg. anak anda telah sesat ke sini. harap maap sebab mencuri gambar ini.

comel gile ah anak ko Qast!!

comel bangaattttt gambar di atas

lagi gambar cowok ganteng ini? sila ke sini

suke-suke!!

Tuesday, November 24, 2009

saya "kawanku yang best"..hoye!



di print screen dari belog ini

senang hati bukan? bila ada kawan yang mengatakan kita kawan yang best

hehe...TQ Pali...sangat teruja =)

lekas-lekas balik mesia yer. jangan bermain terlalu lama di sama. kat sana kan ada vampire yang bernama edward cullen. takooootttt =)

the truly "kambeng hitam"

Semalam berchatting-chatting dengan sheila.

She is my "kambeng hitam".

U know what kambeng hitam mean??

Kambeng hitam adalah teman yang menjadi mangsa luahan perasaan. Mereka akan segera di hubungi jika sedang moody hatta happy skali pon. itu la nasib seorang kambeng hitam. menjadi tempat luahan perasaan amukan rasukan ablasa segala bagai. huhu. {abis tajuk filem pon kuar. apekah maksud, haku sendiri pon x tau}

Saya ada dua kambeng hitam iaitu Sheila dan Saba.
Kami selalu meluahkan apa saja yang tersemat di lubuk hati {cewahh} dan hampir semua gosip-gosip akan kami luah kan. {helloooo...ini bkn gosip yang macam makcik ngumpat-ngumpat orang tu eh. gosip kami adalah gosip di jalan kebaikan namanya.huhu}


They are a good kambeng hitam i ever had.

Apa yang nak aku sampaikan di dalam entri ini adalah..............................

Yesterday, I've a little chit chat with Sheila via yahoo messenger, and she said that I am, actually not happy at all. tsk...

Yes...I am not happy at all. I am not happy at all in crawling every my days.
Bukan la semua benda yang membuat kan aku tidak happy, tapi ada satu benda tu jela. It's something about <3
Faham kan, icon apa itu kan?

Ok..tidak boleh explain banyak sangat di sini okay. bahayaaaaaaa =)

Saya nampaknya tidak boleh berpura-pura di hadapan 'kambeng hitam' saya.
Sehingga kini saya masih lagi sentap dengan kata-katanya itu.
I love u Sheila. How can u read my truly mind.



Nota kaki : ini adalah entri yang tidak segar dari ladang. schedule entri la ni. saya akan bizi jadi adalah terpaksa buat schedule entri sbb rasa mcm byk benda nk story :)


rambut kanak-kanak 9 tahun




Kanak-kanak ini baru berusia 9 tahun.

Tapi sangat suka membuat rambut gaya-gaya ini. Kekadang tengok cam gaya rambut azam azraimi pon ada. sapekah azam azraimi? teeetttt...hangpa pikiaq la sesuka hati hangpa. heh heh. link belog beliau ada di sebelah kanan sinun. lihat sajalah ke sana ok.

Itu rambut buat sendiri tau.

haku: "sape mau ikut pi Jusco? pegi nonton-nonton henbeg baru kat Guess"

budak di atas: "kite nak ikut kite nak ikut"

Sepantas kuda haku tengok dia bersiap. terbaekkkk dari ladang.
dengan gaya rambut terpacak di atas. dah la minyak rambut yang dia gunakan tu kaler pink. kat mana dia beli, ai pon tatau. jangan ko bertukar jadi rambut bebudak rosak akhlak dah la. huhu.
lepas je bersiap, pi layan laptop ijau geli-geli haku tu main game dynomite sambil membebel.

"lambar ar macik ni. x yah la pakai lipstik tu. bukan keluar siang pon"

amboi ko bercakap. keluar siang ke malam ke, Jusco tu tetap jugak pasang lampu terang benderang. lain la kalau kite pi jalan-jalan dalam gelap. dah tu cakap tu, macam dia sorang jela reti nak nampak lawa smart gitu kan. yang macik nye ni nak di biarkan je huduh.

bebudak zaman sekarang memang gitu ek? pandai sudah bergaya-gaya ala-ala machoman gitu. tu belom tengok kasut yang dia pakai lg. x koser ai nak snap plak kaki dia. tapi bagus juga ini budak. pandai bergaya gitu. baru la anak sedara macik Mawar namanya =)


Nama : Faiez Nur Najme
Status : Anak sedara macik Mawar

Nota kaki : ini adalah entri yang tidak segar dari ladang. schedule entri la ni. saya akan bizi jadi adalah terpaksa buat schedule entri sbb rasa mcm byk benda nk story :)

Monday, November 23, 2009

kenapa korang kejam? yela, korang la. sape lagi. huhu

aku adalah tension hari ni. sebab korang la aku tension.

kejam ek korang...kejam kejam kejam

kenapa aku kata korang kejam??

sape bole jawab??

hahahaa. korang kata aku mental illness ek? wajjaakkk korang!

aku kata korang kejam sebab korang x hapdet belog hari ni.

apekes weh? bizi sangat kah???

huhuhuhu...semua belog yang ai follow adalah senyap hari ini kecuali belog ini dan belog ini.

huhuhu...kejammmm. ngape korang x hapdet belog? ape yang aku nak baca time malam bosan-bosan di musim hujan yang nyaman ini? kejammmm tau buat ai gini. asyik refresh dashborad tapi still x de lagi yang hapdet. korang blogger kejam. huhu..ai boring ni.
hapdet la weiiiii....!!

tapi belog ini lagi kejam. dia hapdet time haku x de duit. huhu. kejammmmmm...


gambar tiada kene mengena..

santapan rohani + santapan perot


Sekadar gambar hiasan untuk santapan mata di pagi hari.

APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA MENYAYANGIMU,
APABILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA INGIN MENGUJI MU,

APABILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA TELAH MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU.


OLEH ITU, SENTIASA LAH BERSANGKA BAIK KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA

Wah. mukadimah gituuu. ala-ala solehah kan. {hang pa kata suruh taip entri berkualiti bukan?}

Masak ape semalam kawan-kawan? atau pun makan di luar sajo?

Haha...sekarang ni kes mood hapdet masakan harian plak muncul. aishhh...macam-macam blog-swing {di alih bahasa dari perkataan mood-swing} la kamu ni macik. Tapi x pela kan. Ada jugak mende haku nak hapdet walaupon x de sape nak baca pon kan. Korang ada hapdet blog dah ke hari ni???? haha...
wajjaakk kan soalan aku? macam aku sorang je rajen taip entri. {rajin ke macik???}
p/s: wajjaakk=kurang ajar versi cakap ala-ala orang utara gituuuu. {ada orang bertanya aku psl word ini kelmarin. huhu}

Di sebabkan adalah tidak ke mana-mana 2 hari minggu yang lalu, maka aku adalah rajin memasak sekejap. hahaha. sekejap je rajin. esok lusa malas la balik. bila mood x baik, aku akan memasak. yela, ujung minggu bese nye mood akan x baik. sebabnyeeeee, huh! x jadi dating la. hape lagi kan. aaahhh, do i care x jd dating? i x kesah pon nyahhh..huh!!


okay-okay, mari kembali ke pangkal jalan. story pasal hal yang berkaitan dengan gambar sahaja.

semalam adalah masak paprik ayam. mahu resipi? x mahu pon x pe. tp ai nak kasi jugak. tau la u all semua pon tau masak paprik kan? tp itu resipi kamu, ini resipi saye =) {ayat yang biase di ulang-ulang oleh penulis pada setiap entri masakan}

Ayam (kerat la kasi kecik sket)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih (biji ke ulas ek?)
Serai
Air

Garam
Sos tiram
Kicap
5 sudu cili boh
Asam Jawa
Sesudu tepung jagung
Kacang buncis
Carrot
Jagung kecik
Kobis bunga
Tomato
pape lagi la sayur yang hang pa suka. hentam sajo.

step-step nyo:

#blend bawang besar, bawang putih & tumiskan sampai kuning. pehtu masukkan serai yang telah di titik
#masuk cili boh. kasi cili tu masak sampai pecah minyak dulu ye. nanti sakit perut wahai anak-anak
#masuk kan sos tiram, kicap & air asam jawa.
#tambah air untuk kuantiti kuah yang korang hingin kan
#masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk kasi kuah tu pekat-pekat likat-likat sket.
#masukkan ayam, kasi sampai empuk-empuk gituuu.
#masukkan semua sayur.
#garam secukup raso.

siap la. hape lagi. huhu...

No copyright reserve. lantok hang pa la nak pusing resipi ni lagu mano. hoho. do i care? teeettttt....




Sunday, November 22, 2009

di mana letak diriku ini, di mata atau di hati? :p

tetiba macam suka pula ini lagu. terpengaruh kot. haha...
ini lagu feveret dia =)

naik saja kereta, on modulator pehtu dia karaoke slow-slow lagu ini.
kejadian itu akan berulang-ulang lagi setiap kali naik kereta. ataukah hanya kejadian ini berulang ketika naik kereta ngn aku saje? aku x pasti plak la tu.huhu.
dan juga sangat suka guna gitar nya nyanyi-nyanyi lagu ini.
jadi ai pon suka!!!
lagu ini tidak bermaksud hape-hape pon ok..lagu sedih ni. lagu pisah-pisah clash-clash frust-frust gituuuu. huhuu. x koser ai...



Telah cuba sedaya upaya

untuk sembuh luka
namun masih lagi kau tak terima
katamu itu dusta

Mereka hanya cemburukan kita berdua
mustahil ku menduakan dirimu
kau segala galanya

Dah berkali ku bicara
masih tak percaya
itu bukan aku
kini kau sudah berganti
kepada dirimu
ku dilarang kembali

Tak pernah ku salahkan
dirimu atas semua
ku cuma dihasut dan
kau cuma sangsi
dengan kesetiaanku

Siapa harus kau dengarkan
ku atau dia
dimana letak diriku ini
di mata atau di hati

setelah setahun berblogging........................

kenapa saya ber'blogging'?

tidak pernah lagi saya di tanya soalan seperti di atas. sentap ai, x de sape pon nak peduli kat ai kan. {ko ape hal macik? sentap x tentu pasal?}

Ermm...tapi aku sendiri tertanya-tanya, apekah yang menyebabkan aku ber'blogging'. ntah la, x tau la ngape ek. macam otomatik je tangan ni nak click kat "create blog" tu. hahahaa
Mari kita lihat sequence di bawah, apekah yang haku pikir-pikir kan dalam masa setahun haku berblogging. {x nak lihat pon x pe, sokkay. i sentap sorang-sorang x pe :p }

#masa setahun yang lalu,aku teringin nak ber'blogging'. tanpa pengaruh sesape ye. perasaan itu hadir sendiri. saya sangat-sangat-sangat jarang nak membaca belog orang ketika perasaan nak ber'blogging' itu hadir. cewahhhh!

#memula dulu masa nak start blogging, macam segan silu je nak create belog, sebab nye macam x mampu je nak hasilkan penulisan yang berkualiti. setakat nak karut-karut story pasal hari-ni-makan-ape, hari-ni-saya-demam atau hari-ni-i-shopping-perfume-Guess, tu boleh la kan. tapi kan, entri berkualiti seperti mana yang korang nak cari sebenarnye? ada banyak belog yang menulis entri-entri berkualiti di luar sana bukan? jadi korang terjah saja lah ke sana. kalau semua belog nak tulis entri yang berkualiti, penuh dengan ilmu-ilmu bermanfaat, x variety la dunia blogging ini kan?

#sejak ber'blogging' ni, ape yang aku perasan la kan, orang-orang di luar sana dah dapat tau & dah dapat baca sejauh mana kematangan kita dalam berfikir apabila baca entri-entri kita. contoh nya macam haku la kan. mesti orang duk fikir aku ni jenis yang suka main-main, rilek-rilek saja orang nya, x serius, dan pemikiran pon x sofistikated. huhuhu...kutuk la, kutuk la lagi. aku ngaku la, haku memang gitu pon. huhu. {jadi klu dah sedar, bila mahu berubah???sentap saje x gune beb!huuu}

#apabila haku jumpa internet boradband streamyx piwimax segala bagai kan, benda pertama yang ada dalam pale hotak aku adalah nak login blog & check dashboard. hehehee. x leh weh, mesti jugak kene buka blog klu jumpa internet. FB, youtube segala bagai tu dah jatuh temapt ke berapa tah. macam sekarang ni, dah 2 jam dah aku duk depan laptop, tapi haku hanya surfing web belog sahaja. x koser haku nak buka FB tu. aku x adalah x suker main FB. Dah la x leh buka langsung kalau time internet lembap. tah pape. huhu. aku adalah emo dengan FB.

#Bila haku dah ada belog ni, haku selalu pengaruh semua kawan-kawan haku supaya buat belog jugak. haku slalu kata diorang koman sebab x de blog. ape barang x de belog kan kan kan. huhu. sejak itu, ramai la warga-warga Terractech/MTD {company lama haku}, serta rakan-rakan seperjuangan yang lain yang dah create blog. keh keh keh. tah pape kan aku? teruk betul. padahal background blog sendiri pon haku x reti nak buat. mujur ada thecutestblogontheblock. huhu

#sejak ada blog ni, aku macam memain je rasa buat kerja kat opis. tskkk. ini tidak bagosss. pantang je bos xde @ kerja tinggal sikit-sikit je, mesti haku buka blog atau blogwalking. kekadang aku emo betol la ngn diri sendiri. ngape la nak jugak buka blog walaupon ada keje yang x siap lagi. penah je aku terpikir nak suggest kat bos haku supaya block je website blogspot kat opis aku tu. huhu. ataupon patutkah haku delete sahaja belog ini sebab haku rasa "Kualiti Teras Kejayaan" sudah seperti tidak di aplikasikan lagi oleh haku! meroyan aku kang.

#sejak ada belog ni, pape je yang haku buat setiap hari setiap saat setiap menet, mesti akan terlintas dalam kepala haku "nak tulis dalam blog la.........". adakalanya, time tengah makan roti canai x sedap kat kedai mamak pon, bole membuatkan haku berpikir nak-tulis-dalam-blog-la-pasal-roti-canai-xsedap-ni. huhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

#sejak ada belog ini {macam dh ulang ayat ni byk kali je kan?}, kawan-kawan akan bertanya "hari ni ada entri baru x mawar" {teheee...ada gak orang nak baca belog ai.lalalaa}, ataupon "mawar, apesal senyap je blog hari ni". huhu...dulu-dulu masa duduk kat Terratech/MTD, ada jugakkawan-kawan yang ada belog bertegur sape seperti ini, "hai blogger" {ini merujuk kepada Hamdan a.k.a Medan a.k.a Geo Engineer}. huhu...eh Medan, awat belog hang skrg sunyi sangat nih? hapdet sikit plsss..perot isteri kamu dah besar kan? ke dah bersalin dah? huhu..

erm..itu jela kot. cukup la entri x berkualiti untuk malam ini. kene tido dah ni, kul 5 am kang nak bangun tengok ulangan Nur Kasih. hehehe..

Entri yang tamat secara mengejut, tskk..

babai~

Saturday, November 21, 2009

Masak ape hari ini kawan-kawan???




Huihhh...tenet hari ni macam sipooooot sedoooooot je kelembapan nye. antara sipot sedot ngn sipot bab* mana se hok plg lambat ek?

Ermm..abaikan. biarkan sajo soalan itu menjadi tanda tanya.

Walaupon intenet lembap macam sipot-sipot yang di nyatalan di atas, namun aku gagah kan juga demi nasi ayam sedap syok sendiri haku. keh keh keh...
Motip?? nak menunjuk-nunjuk la yang hari ni masak nasi ayam sehingga menggoda anak tekak mereka-mereka yang makan.
"Pandai kakak kamu masak nasi ayam yer"
Teheee...mekasih abah..lebiu!!! tercabar mak ai mendengarkan pujian abah ai. kah kah kah...sori mak..ampun2.
cukup la untuk memikat hati bakal mak mentua kan? tsskkk...tetibe haku sentap dengan ayat sendiri...mak mentua, kahwin, bertunang, merisik kan adalah isu sensitif bagi i..huhuhu...

Yer yer yer...aku tau la hang pa semua pon tau masak nasi ayam. malah siap cakap lagi,
"ek eleh, masak nasi ayam je pon. itu pon nak nunjuk-nunjuk. macam la orang lain x reti".
amboi...kemain hang pa naaa. datang belog aku pehtu kutuk-kutuk haku plak ek? tau la korang kunun-kunun nye expert lagi dari ai kan. tapi masalahnye, sedap ke nasi ayam yang korang masak tu? kah kah kah...sentap dgn pertanyaan aku???

Ok la ok la. deal la. korang pon semua masak nasi ayam pon sedap jugak kan. tapi itu nasi ayam korang. yang ini nasi ayam aku. tentu ada sikit berbeza bukan? hehe...

mari-mari terjah sikit resipi syok sendiri dari haku. paling simple hokkaayyy! hang pa x yah la duk pikiaq lebih-lebih plak. haku x pndai masak naaa...

PERHATIAN: Resipi adalah mengikut ciatarasa anak tekak saya sendiri. teheeee...no copyright reserve. sukati hang pa la nak pusing resipi ni lagu mana naaa... =)



ayam (sila basuh bersih-bersih ye anak-anak)
1/4 bawang besar.
3 biji bawang putih
sehiris halia
air
1 sup bunjut
2 kiub ayam
garam secukup rasa
daun sup
daun bawang

2 sudu mentega
beras (opkos la kan. x kan la mee pulakkkkk)
sos tiram
kicap pekat
serbuk lada putih
cabai masak (korang sebut ape ek? cili merah? ataupon cabai idup? pape jela)

tomato
timun
salad

Step-step nya:

1. harus buat sup dulu. tumis bwg putih ngn halia sampai kuning. masuk kan air, ayam, kiub ayam ngn sup bunjut. rasa-rasa la sampai sesedap rasa anak tekak hang pa naaa. air tu korang letak la agak-agak untuk masak nasi, pastu sup nak buat makan ngn nasi ayam tu nanti kan.

2. Agak-agak ayam dah masak. Angkat ayam & toskan ayam dalam tapis.

3. Terus perap pulak ayam tu dengan sos tiram, kicap pekat, lada putih, letak madu sket. x de madu hantam saja letak gula. kan dah kata, ni kan resipi aku..haha. perap la beberapa menet. Lepas tu boleh la goreng. x yah goreng lama-lama sangat, ayam tu kan dah kene rebus td =)

4. Basuh-basuh beras. Masukkan sup ayam tadi. Masukkan mentega. Kalau nak lagi kuning, letak kunyit sket. Pastu letak periuk, tekan suis. Tunggu jela sampai masak. Hehee...

5. Untuk sos nya pulak. Blend atau tumbuk cabai masak, bawang putih, garam & gula. Lepas dah siap blend/tumbuk, gaul dengan cuka. Konpem mantop la sos nasi ayam korang.


6. Kalau semua dah siap masak, boleh la hidang kan. Jangan lupa taburkan daun sup & daun bawang dalam sup. Hiris-hiris la tomato, timun & salad. Basic la tu kan.

SELAMAT MENCUBA...X NAK CUBA PON X PE. I SENTAP SIKIT-SIKIT JE...HUHUHUUUU

Friday, November 20, 2009

belog ai adalah sama macam projek perumahan terbengkalai

Ini adalah entri luahan perasaan.

Kepala dah pening dah ni.

Korang tengok la page blog ai ni. Column sebelah kiri memang cun la kan. Tapi part column belah kanan korang ni. Ada plak dia pegi melekat ngn center column tu. haku tensi btol. x reti dah nak edit. ni la padahnye jika main copy je coding dari mana-mana tempat tah. ai main copy pes je sesedap rase. sila pakar-pakar IT di luar sana, atau lebih tepat lagi, programmer handalan terhebat di Malaysia ni tolong la aku aihhh....

huhuhuhuu...

Sentap melihat belog sendiri yang macam rumah x siap..tskkkk....


Blog Widget by LinkWithin